Friday, January 20, 2012

Pendapat Seorang Gadis Seperti Aku.

Peace,,  2.07am,Saturday. Life is wonderful , colourful, and Meaningful. That the only word comes from my mind.  Aku suka dengan kehidupan yg indah,berwarna warni dan bermakna. Kehidupan yg indah bagi aku ialah kehidupan yang mempunyai tarikan positive dari seluruh aspek. (Cuaca,persekitaran,keluarga,orang sekeliling, kehendak ,keperluan dan sebagainya..) Bagi Aku, kehidupan yg sentiasa positive mampu menjadikan hidup aku Wonderful. SubhanAllah...
Kehidupan yang berwarna warni adalah kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan. kebahagiaan yang wujud dari kehidupan yang indah. semua aspek positive menjadikan kehidupan aku berwarna warni. persekitaran yang indah menjadikan aku bahagia,, Keluarga, kekasih, kawan adalah salah satu aspek kehidupan yg menjadikan aku bahagia. kerana hadirnya mereka dalam hidup aku mampu mencorakkan cara hidup, menjadikan kebahagiaan itu milik aku. selain dari itu, warna warni kehidupan bukan sahaja kebahagiaan malah kepahitan atau keperitan hidup yang mampu menjadikan hidup berwarna warni...Kita harus bijak menjadikan atau mengatur kehidupan kita ke arah tuju yang sepatutnya..Alhamdulillah...
Kehidupan yang bermakna juga bersangkut paut dengan kehidupan yang indah dan berwarna warni. Dengan adanya keindahan dan kebahagiaan dalam hidup maka, hidup akan lebih bermakna. Hidup ini bermakna dengan menjalani kehidupan yang berlandaskan jalan yg betul atau  berlandaskan keimanan. InsyAllah semuanya akan baik2 sahaja.
Kita perlu menjadi orang yang berfikiran positive, bermatlamat, berpegangan dalam Agama dan Adat, Berdikari dan menjadi orang yang sentiasa bersederhana dalam segala hal. Seterusnyaia mampu membentuk sebuah kehidupan yang indah, berwarna warni dan bermakna. 

1 comment: